Alhamdulillah..segalanya dalam rancangan dan pengetahuan
Dia..
Dikala hati diusik dengan rasa ingin memiliki dan dimiliki
maka iman menasihati supaya bersabar dengan janjinya..
Kerna Allah takkan pernah memungkiri..
Tika diri diuji dengan ujian fizikal dan peribadi..iman
mengingatkan bahawa kekasihnya.. Muhammad s.a.w lebih teruk diuji..apalah
sangat ujian yang dihadapi sedang kita bukan pembawa risalah yang ummi..meniti
syurga tanpa dihisab nanti..
Tika diri leka dengan duniawi..iman mengingati dunia hanyalah
tempat persinggahan dan menjadi matlamat kepada mereka yang tidak kenal erti
hamba rabbi..
Tika diri diuji dengan hubungan sesama manusia..iman
mengingati bahawa syaitan sentiasa ada untuk memisahkan mereka yang berkasih
kerna Allah..
Kerna berkasih kerana Allah membawa ke syurga..aku ingin itu
sebenarnya..mahukan persahabatan yang luar biasa...bukan bersama kerana dia
cerdik..bukan kerana dia punya kereta…bukan kerna dia punya duit..aku ingin memori
persahabatan kami menjadi luar biasa..bisa melangkah bersama ke syurga..kerna
kami bukan biasa-biasa..
Tika diri diuji musibah..iman mengingati bahawa Allah takkan
pernah menguji di luar kemampuan hambanya..kerna Allah sayang kita..Allah amat
rindu akan rintihan manja hambanya..
Tika orang tersayang pergi menghadapnya..iman berkata itulah
masa terbaik untuknya..kerna mungkin pada waktu yang lain kita akan susah untuk
menerima hakikat kematianya..
Tika diri dibeban tanggungjawab..iman berbisik setiap
pertambahan umur akan merasai peningkatan tanggungjawab...maka oleh itu
gunakanlah masa sebaiknya kerna tanggungjawab lebih banyak dari masa..
minggu yg agak sibuk..tapi cuba untuk tidak memberi alasan menyediakan 'sumthing' untuk umat..
pleasa pray for me..
7 days class really need to manage properly..
BERLAKONNN...oh no
suka entry ni kak yong..
ReplyDeletejom terus islah nafsaka wad'u ghoiruka :)
moga allah terus syg kita..
luv u kak yong!!