May 7, 2013

dia sahabat saya..ANDA??


Pernahkah apabila seseorang mengatakan sesuatu yang membuatkan anda terharu..
Pasti ada..di saat itu diri ini tidak mengharapkan apa-apa..
Cuma sebagai kawan yang mengajak kepada kebaikan dan memenuhi tuntutan seorang sahabat..
Pada tika itu kami mengalami sedikit ujian..
Dia baru selesai solat..
Saya hanya duduk meneleku memikirkan kehambaan pada Sang pencipta..
Dia berkata sambil mata memandang tepat anak mata saya..”Saya selalu doa kat Allah..semoga tiada sesiapa yang akan memisahkan kita”
Terdengar ayat itu saya mengangkat kepala mencari sinar keikhlasan
Dan sungguh saya menemuinya..
Mulut ini terkunci tak mampu berkata..
Saya hanya mampu bermonolog “aku hanya berkawan tiada niat apa-apa..bukan kerana pandai..kenderaan..atau dunia..”
Saya tidak menyangka Allah akan memberikan nikmat ini sekali lagi..
NIKMAT BERSAHABAT..
Yaaa..sahabat..
Jika saya terleka dia ingatkan..
“sejak bila awak simpan gambar lelaki…”
“aaaa..” tak mampu menjawab persoalannya..
Baru hati kecil ini tersedar..ya..sejak bila..terus ku hidupkan laptop dan men’delete’ gambar siswa seangkatan..
Sungguh aku tidak sakit hati menerima tegurannya..
Dia selalu nampak akibat dan kesan buruk sesuatu perbuatan..
Dia tidak lelah memahamkan aku tentang pelajaran..
Dia juga selalu mengajak kami ke surau berjemaah isya’ dan tarawih..
Dia antara yang peka dengan permasalahan kawan seperjuangan..
Ya Allah…aku benar-benar bahagia menjadi sahabatnya..kuatkanlah dia..

No comments:

Post a Comment